Kita mungkin kembali memikirkan penyelesaian kepada sesuatu masalah, tetapi tidak mungkin akan kembali kepada masalah yang tidak selesai. November 23, 2004

Tidak semua benda di dunia ini berwarna, dan tidak semestinya yang tidak berwarna itu berwarna putih. January 10, 2004

Saya lebih suka diejek bila tersilap memilih jalan berbanding diberitahu bahawa saya telah tersesat. January 19, 2005

Kita tidak akan memperoleh sebarang pengalaman dengan hanya menjadi penonton, tetapi kita memperolehnya dengan mempertontonkan sesuatu. February 24, 2005

Ada dua perkara yang paling membimbangkan; perkara mudah yang dirumitkan dan perkara rumit yang dibiarkan. February 27, 2005

Kesenangan dan kesusahan bukannya pilihan, tetapi pecahan. Jadikanlah ia satu. April 18, 2005

Kebenaran adalah buta; ia tidak mengenali sesiapa. Orang yang benar adalah celik; ia mengenali semuanya. April 18, 2005

Saya lebih suka mencari sesuatu yang saya perlukan daripada dicari oleh sesuatu yang memerlukan saya. May 18, 2005

Manusia yang mengetahui akan mengerti betapa untungnya mengetahui, tetapi manusia yang tidak tahu tidak akan mengerti betapa ruginya tidak mengetahui. May 23, 2005

Ujian bukanlah satu cara untuk tidak memilih kita, tetapi ia akan membuatkan kita menjadi terpilih. June 14, 2005